Wednesday, May 06, 2015

Kawan.

Okay.

Sebelum aku tidur, aku nak update another entry untuk meraikan aku nak active balik ber-blogging walaupun yang baca tu sorang je, for now. Orang lain bukan ingat dah link blog aku ni.

Nak dijadikan cerita, kawan aku memang bersepah sepah. Tapi lebih kepada kenal macam tu je, sebab mutual. Kawan kepada kawan. Pusing pusing orang ni kenal orang tu, orang tu kenal orang ni. Sepatutnya aku gembira lah kan? Ramai orang kenal, seronok. Walaupun atas dasar kawan kepada kawan.

Tapi lately ni, aku jadi rimas. Rimas sangat bila aku kenal orang tu walaupun tak rapat, rupanya dia tu kawan kepada kawan aku. Aku ni punya lah excited terus lah tanya soalan, "Eh, korang dua kenal eh?" sambil mention dua dua orang sekaligus. But, it always ended up yang aku ni nampak macam totally freak. Kawan aku yang tak berapa rapat tu tak layan aku pun. Siapa tak stress?

Sama lah macam perasaan bila kau tengah jalan jalan dekat shopping mall, tiba tiba nampak kawan sekolah tengah dating atau beli barang misalnya. Kau beriya datang tegur siap hai semua tiba tiba dia balas hai sambil buat muka menyampah. Faham tak perasaan tu macam mana?

Aku rasa macam loser gila excited sorang sorang tapi kena ignore macam tu je. Sedih kot. Tak, memang sedih. Sebab tu lah sampai sekarang aku lay low bak kata kawan aku. Malas dah nak excited lebih. Sekurang kurangnya takde lah aku sakit hati.

Kot.

Tuesday, May 05, 2015

Sekejap.

Hi.

It has been a long time isn't it? Lama sangat dah tak blogging. Padahal dulu ni lah tempat yang paling seronok nak luahkan segala yang kononnya terpendam di hati tapi tak terluah. Konon kan. Anyway, disebabkan post yang lama lama pun dah delete, tak dapat lah nak throwback. Too many memories yang aku dah tak berapa nak ingat pun.

Well, actually motif blog ni sebenarnya nak buat diari lah. Ingat aku rajin sangat nak tulis? Tulis karangan panjang panjang ni best kalau tengah bergaduh kat whatsapp je. Idea nak bash balik tu mencurah curah lepas tu menyesal. Dan juga, kalau rasa nak meroyan. Macam sekarang.

This year, umur aku dah dua puluh empat. Sepatutnya kalau ikut life goals lah omputih kata, sekarang aku dah busy dengan dunia kerja. Walaupun plan hidup ni agak lari, somehow the only one yang tak pernah give up dengan aku is my own family. Rakan sebaya semua dah sibuk jodoh hunting, nak tunang, dah nak kahwin, sibuk tanya tanya korang nak jadi bridesmaid masa wedding aku ke tak. Tapi aku, masih stuck dengan dunia pembelajaran yang entah bila nak habis.


Rasa macam sekejap. Sekejap sangat masa berlalu. Aku rasa last entry yang aku dah delete tu pun pasal tengah berlawan gaduh dengan gang sendiri zaman diploma yang tak habis tu. Power eh gaduh kat blog, lepas tu diorang datang serang jerit jerit depan pintu bilik. Ha ha ha.

Oh ya. Sambung pasal tadi, rata rata orang keliling aku dah masak dengan perjalanan hidup aku yang berliku ni. Dari sekolah menengah, sampai lah zaman universiti. Penat okay nak cerita satu satu. Bila orang tanya, jawapan yang sama jugak aku bagi. Nak copy paste takboleh, sebab orang selalu tanya guna mulut. Kalau tanya kat whatsapp dah lama dah aku buat satu memo pasal perjalanan hidup aku yang bersimpang siur ni.

Entah mimpi apa aku update blog pun taktau. Sedih dengan segala post dulu dulu yang dah didelete agaknya. Dan, ya. Aku ada assignment nak kena buat. But instead of doing that, aku blogging. Nampak sangat pemalas. Hehe. Kan?